CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 29, 2011

kereta ohh ~ kereta .. uhuhuhuhuh

salam .. pisss bl0gger-bl0gger cemua !! hehehe . arinih aku nak kongsi cikit pasal keletihan aku .. walaupun tak seberapa nak letih tapi kalo dahi dah dibanjiri dengan air terjun maunye tak letih .. dah tiap-tiap minggu uat benda yang sama .. jemu giler aku .. dah la aku nih cepat bosan kalo uat koje sama je memanjang .. k0rang bayangkan .. pat l0r bayangkan ( belon2 muncul ) .. seminggu sekali aku akan bertukar menjadi cuci-cuci gurl .. huuhhuuhu ~ bermain dengan buih-buih .. berkawan sejati dengan air paip .. dan yang paling utama .. kereta dulu mandi sebl0m aku daaaa ~ bil air ?? haaaa ~ tak yah cakap l0r . memang melambung la jawabnye . sape suh aku cuci . kan melambung bil air tiap-tiap bulan .. isy . isy . isy .. hehehehehe ~ 
seletih mana pun aku .. aku tetap terpaksa membasuhnya pun .. had0yaiii ~ yela . dah aku yang guna 5hari seminggu .. sah-sah la aku yang kena . nak-nak pulak tuh harta 0rang .. dengan serendah dirinya aku membasuhnyeee .. hhuuhuhuhuhu .. tapi agak-agak la wey .. xkan xkotor pun kena gak ?? arghhhhh ~~ sengal je .. sab0 je ler .. huuhhuuhuhu ~~

untuk jadi anak yang baik kita kena dengar cakap pe murid-murid !!!! ?? ... haaaaa ~ pandai !! cakap mak abah .. camtu la murid-murid ku .. cewahhhh ~ bajet t0i .. kal0 bukan disebabkan mak abah memang sah aku kasi berdebu je kereta tuh .. ehehheehehhe ~

papai .. adi0s .. ^____________^

Spider melindungi Rasulullah s.a.w .. =)

Assalamualaikum cemua .. 

haaa ~~ pakcik2, makcik2 , puan2 dan tuan2 sekalian .. tua muda miskin kaya .. tak kira berbilang bangsa .. sila la menyinggah disini .. wacahhhh !! ~ hahaahhahaah ~

wahhh ~ gitu la gamaknye . bajet cam meriah bebn0 je yang menyinggah ke bl0g aku nih . padahal .. jeng3 !! arghhh ~ xkisah la .. pe-pe pun tenkiu pada kalian-kalian yang sudi mengintai aku dari tirai kamar .. ambo0ii ~ kelazzzzz ~ kau wahida .. hahahahahaha ~ gel0ng sebentar .. =D

udah lama rasanye aku tak update bl0g nih .. abis bersawang bak sawang spiderman yang dibuat tuk menyelamatkan her0in kat situ . ceh ! bajet her0 la .. eh, dalam citer tuh memang la dia herokan .. cakap pasal spiderman nih .. k0rang penah dengar tak satu kisah Nabi Rasulullah s.a.w satu ketika dulu ?? haaaa ~~ penah ?? arghhhh ~~ aku tak kira . k0rang penah ke tak penah .. aku tetap nak citer . dengar bebaik tau adek-adek .. cewahhhh ~ heeheheheh .. 

kisah nih bermula ketika penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah . dalam perjalanan ke Madinah , Rasulullah terpaksa menyembunyikan diri bersama-sama Abu Bakar daripada diburu oleh pemuda-pemuda kaum Quraisy .. Baginda bersembunyi didalam sebuah gua yang dikenali sebagai GUA THUR .. bagi menutup tempat penyembunyian baginda , baginda telah dilindungi oleh Burung Merpati dan Lebah-Lebah yang membuat sarang dipintu gua sehingga meyakinkan pemuda-pemuda Quraisy itu bahawa tiada siapa yang berada di dalam gua tersebut dan kemudian baginda dan sahabatnye selamat daripada buruan kaum Quraisy .. 

Gua Thur
tuh la serba sedikit kisahnya .. menarik tak ?? hahahahahah ~ menarikkan ? ser0nok kalo dapat dengar kisah-kisah Nabi .. lebih-lebih lagi kalo time agama .. bila ustaz bercerita memang kusyuk giler . kalo boleh tak mau ustaz berhenti bercerita .. nak tau kenapa kteorang suka dgr ustaz bercerita ? tipu la kalo aku cakap takde yang tak suka .. de jugak yang tak berapa suka mendengarnya tapi di sebabkan sesuatu tuh , s0 daripada tak suka deme boleh bertukar menjadi suka .. heheheheheh ~ k0rang tau tak kenapa dan mengapa bebudak kelas aku suka dengar ustaz bercerita ?? tak tau ?? sebabbb ~~ kalo ustaz dah start bercerita mesti la meleret-leretkan ?? s0 sah-sah la ustaz tak mengajar .. s0ooo ~ mesti la takde koje sekolah yang ustaz kasi . s0ooo ~ pe lagi ? k0rang tak paham-paham pe motif kteorang suka dengar ?? haahahahahahh ~ haaaa ~ pe lagi . k0rang jangan ikot jejak langkah kteorg nih lak .. tuh la teknik bdak kelas aku.. sampai habis kelas la jawabnye .. ahhahahahaahahah ~ cian ustaz .. ampunnn pakkk !! pisss !! =D

Sunday, October 9, 2011

Haramkah?? by melly Goeslow .. best3 !!

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

single? Allah sedang melihatmu

Kempen Menderma Darah !!

aucakkkk !! ehheeheh . assalamualaikum cemua .. rindunyeeee bau bl0g nih . ade bau ke ?? haiyeeee ~
dah lame rasanye aku tak menaip .. dah dekat berapa abad tah . baru sekarang terbuka and terluang masa nih .
ceh , bajet cam busy sangat je kan .. tak bole bla je . wahhhh ~ pagi-pagi nih segar rasanye kepala h0tak . harap-harap banyak la idea yang bernas-bernas yang lahir dari hati nurani nih .. cewahhhh ~

cemalam de aktiviti menderma kat tempat aku pratikal nih . bukan derma duet mahupun menderma baju tapi menderma darah .. baguskan amalan menderma nih . selain dapat mengitar semula pengaliran darah kita yang tak berape nak el0k nih . baik sangat la kita menderma . ceh ! cakap bukan main lagi . aku ?? derma ke ?? o0hhh ~ dari dalam sanubari nih memang berhajat nak menderma seikhlas yang mungkin tapi bila mengenangkan jarum yang akan tertusuk di saluran urat saraf tangan aku yang terlampau gebu and mulus nih terasa pahit pulak air liur nih bila ditelan .. bayangan yang melampau membuatkan aku dalam ketakutan . niat nak menderma tuh memang dah el0k sangat tuh .. es0knye ?? aku berharap la de lagi .. tapi rupa-rupanya .. angan ku musnah ditengah jalan . tak kesampaian aku nak menderma . ketakotan aku tuh telah pun bertukar menjadi keberanian bak wirawati negara gitu namun apekan daya . asal nak derma je aku memang camnih . masuk nih dah 3kali aku terkandas tuk memberi darah aku pada mereka-mereka yang memerlukan . bukan tak mau kasi ... tapi tuh la . bak kata aku tadi ler . tak0t akibat mengenangkan jarum tuh punye pasal la .. haaaa ~ kan bagus kalo derma lemak aku yang berdozen-dozen nih .. kalau derma lemak gerenti aku lah orang pertama yang tercanguk kat depan tuh subuh-subuh lagi .. cewahhhh ~ action je lebih . hehehehe ~

insyallah , pasnih kalau ade lagi tuk kempen menderma darah nih .. aku dengan penuh berkeyakinan nak menderma darah aku seberapa banyak yang boleh supaya aku dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan .. ehhehehehe ~  papai .. adi0s .. assalamualaikum .. =)

Sunday, September 11, 2011

Kelebihan menjadi seorang wanita

Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya". 

 * Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

 * Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

 * Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

*  2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

 * Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

 * Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

*  Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

* Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

*  Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

*  Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

* Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

* Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

* Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

*  Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

*  Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

*  Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

* Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

*  Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

*  Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

*  Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

*  Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

* Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

* Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

*  Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan 
istiqamah.

betapa agungnye martabat seorang wanita itu . bersyukur lah kerana dipilih menjadi seorang wanita

berd0sakah aku ?

alhamdulillah . setelah sekian lama menyepi tanpa menaip setiap bait-bait kalimat terindah dan meluah rasa bicara yang tersimpan rapi dalam sanubari .. kini aku masih mampu melihat keagungan ciptaan Ilahi .. semakin aku berlari menjejaki usia kurniaan Tuhan , semakin aku mengerti betapa indahnye setiap episod yang telah dibukukan buat setiap hamba-hambanye . helaian demi helaian memberi seribu pengajaran dan sejuta pengertian yang tak mampu difikir dek akal fikiran hambaNya .. ayunan kaki terhenti . sepi . melihat langit seperti ade yang tersenyum indah pada diri yang hanya seperti sebutir pasir .. hanya sekelumit dihujung jari .. betapa kerdil dan jauhnye Dia yang teragung buat diriku yang tergapai-gapai dalam kelemasan mencari bayangan keredhaanNya dicelah-celahan hambaNya yang beriman . aku melari dan terus berlari .. mencari dan terus mencari .. harapanku agar dihujung sana pasti ada jawapannya . namun tidak semudah itu , walau beribu batu aku mendaki .. sejuta langkah ku jejaki hanya satu ku pasti .. cintaku kini hanya buatMu, Ya Ilahi ..

bayangan usia menyapa tatkala diriku dibuai mimpi semalam . mimpi yang membohongi bayangan lampau . mengimbas segala kesilapan dan kesalahan tanpa sekelumit rasa berdosa namun .. aku sedari ada bayangan yang terindah dalam celahan mimpi itu . memberi cinta pada yang tidak berhak memilikinya .. betapa berdosanye aku pada bakal imam ku .. pada pemimpin bahtera mahligai ku .. pada si dia yang ditulis buatku . astaghfirullahalazim .. betapa besarnye kesalahanku buatnya . hanya doa dan taubat yang dapat ku iringi . kini .. cinta dan kasih sayang ku hanya buat dia yang bergelar SUAMI .. halal disisi ku dengan izin dan restu Mu .. dia memilik cinta ini .. Dia yg memberi rasa ini . moga 'dia' pemimpin abadi hingga akhir nanti .. aminnnnn ~

Firmat Allah s.w.t " Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan " . (Surah An-Nur : 32)

Wednesday, August 17, 2011

accident aje .. =(

cak ! hye cemua . st0ry arinih dah berlaku semalam, semalam dan semalam lagi . baru malam nih aku berkesempatan tuk mengupdate beliau .  masuk kali nih dah 5,6 kali aku accident. kal0 aku gitau korang mesti k0rang pikir aku giler . de ke patut aku p langgar pasu bunga kat depan umah aku tuh . naseb baik la mak aku tuh bukan jenis yang sayang pokok-pokok bunga nih . kalo tak mati aku . . arghhh !! tensi0n je. entah kenapalah dengan aku nih . sengal t0i . berderet-deret dalam 2bulan nih, aku melanggar dan dilanggar . aku sendiri tak tau kenapa dan mengapa . kereta tuh baru je pas kuar bengkel . yang aku lagi mau ranapkan kereta tuh . calar xyah cakap la . berlambak-lambak calarnye . mula-mula aku langgar van wane puteh . perghhh ! mek kau . dapat tanda lahir wane puteh kat belah kiri depan . baik punye aku langgar . naseb baik van buruk . ce kal0 kereta mewah ?? mau k0pak aku . kali kedua, aku langgar batu pembahagi jalan tuh . pe dalam BI nye ?? aku dah lupa la . tuh pun calar gak tp tuh aku senyap2 je . malas nak kec0h-kecoh. kali ketiga lak, aku langgar kereta orang india . naseb baik yang kuar dari kereta viva tuh india yang ok . kalo yang kuar tuh mat-mat samseng camne ?? masak aku . xpasal-pasal kang aku terkucil kat situ . tak lame pas tuh accident lagi . kali nih aku tak salah sebab viva puteh depan aku tuh tetibe mem'brek secara rakusnye . s0 memang rakus la aku brek . kereta belakang aku memang sedari mula lagi ikot dekat dengan aku, bila je aku brek rakus . dia xsempat la tuk membreknye .. sape suh ikot rapat-rapat . kan dah kena . ceh ! cakap orang . aku pun same . eeheeheheh .. kali entah keberapa nih pulak aku telah menekan punat minyak tanpa disedari . sengetkan . tekan minyak pun bole tak sedar .. arghhh ! aku memang t0i-toi giler ke pe .. mak aku ?? maunye tak isau . separuh giler la tuh isau kan aku nih . kata mak kat aku  :-

( c0py paste kata-kata mak and aku )
mak : mak isau t0i la kalo ko nak p koje tuh . susah ati je .. balik koje pun camtu gak . ati nih dup dap dup    dap .. 
aku : alo0 ~ mak . mak doakan je waheeda selamat pergi ngan balik .. doa mak kan termakbul . heheheeh ~

camtulah lebih kurang betapa isaunye mak aku tuh .. s0ri mak . bukan sengaje nak mak isau .. orang pun tak nak benda-benda nih berlaku . lainkali orang tak uat dah .. insyallah .. =)
silap aku gak malam semalam . sebenarnye aku nk p solat dulu sebel0m ubah kereta .. tapi aku p ubah dulu sebelom s0lat .. kan Tuhan dah marah .. pengajaran buat aku . insyallah , pasnih tak uat dah .. s0 k0rang jangan jadi cam aku erk . sebel0m nak uat pe-pe tuh dimulakan dengan Bismillah .. ehheeeh ~

Tuesday, August 16, 2011

Selawat Syifa ..

selawat syifa .. aku xtau kenapa dan mengapa aku suka sangat pada selawat nih . terasa cam kena dengan hati dan jiwa aku .. best aje di setiap cor0ng cuping telinga aku .. aku k0ngsi sesame korang erk . jemput la dengar alunan selawat nih .. klik !

17 ramadhan & Nuzul Quran

assalamualaikum cemua .. arinih dah pun masuk ari ke 17 ramadhan yang telah kita semua lalui . sekejap je mase tuh berlalukan .. bila semakin cepat mase tuh berlalu , semakin hampirlah kita dengan hari akhirat .. so maknenye  dunia nih suda semakin tua .. rasa-rasanye sempat tak kita semua nak merasai alam pekerjaan , perkahwinan dan macam-macam lagi 'per' la .. insyallah kan .. semua tuh kerja Ilahi . segalanye hanya Dia yang Maha berkuasa . perghhh ~ kalo cakap bab akhirat, mati, maut nih , buat aku rasa seram + takot and bermaca-macam perasaan yang timbul . yer la, sebagai seorang umatNya yang terlalu kerdil disisiNya .. dah pasti la aku nih banyak buat kesilapan dan kesalahan . yer, memang t0i tuh . setiap manusia tak perfect kat muka bumi nih .. tapi kita tak perlu menjadi perfect , hanya memperbaiki ape yang selama nih kita lemah . insyallah, segalanye akan nampk sempurna dari mata kasarnya . dibulan yang tersangat mulia nih , ditambah dengan hari Nuzul Quran .. sem0ga kita semua mendapat kerahmatan dan kesejahteraan dari Nya .. mudah-mudahan .. aminnnn ~

SELAMAT HARI NUZUL QURAN 

Sunday, August 14, 2011

mencintai yg sepatutnye ..

single atau kapel ?? korang rasa yang ane ?? bila difikir-fikirkan lebih baik haram tuh dihalalkan . memudahkan cinta pada yang sudah halal disisi agama . kan sweet tuh tapi bila cakap pasal benda-benda nih orang mula la fikir yang kita nih gatal . nih semua bukan sebab gatal tapi memikirkan sesuatu yang dituntut olehNya supaya mencegah maksiat dari berlaku . tak salahkan ?? ok la , cuba korang fikir . bercinta dan sayang pada seseorang yang tak sepatutnye . kecian la plak pada bakal suami / isteri kita kan .. kita tak tahu siapa yang dah tertulis buat kita . aku sendiri bercakap mengikut pengalaman . walaupun aku terlalu muda tuk cakap semua nih tapi aku memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ade hikmah yang terbaik buat setiap hambaNya . dah letih tuk mencintai dan menyayangi .. letih sesangat .. mungkin inilah hikmahnye . hikmah buat aku untuk lebih mencintai Ilahi .. mendekatkan jiwa hanya pada Dia .. bukan nak cakap aku nih baik sangat . aku sendiri pun pernah merasai semua tuh .. aku cakap camnih sebab pe yang aku pikirkan buat masa sekarang . hehehehe ~ insyallah . berubah tuk kebaikan tak salahkan .. aku akan cuba .. =)

:: Ya Allah .. dekatkan cintaku hanya pada dia yang sudah tertulis buatku .. andai dia pemimpin ku , permudahkanlah .. ku mencintainye kerana cintaMu ..

raya menjelma kembali .. =)

lalu . lalu . lalu .. p0nponp0n .. ehhehehe ~ giler. dah lama rasanye aku tak update blog nih . dari sebel0m puase sampai la dah nak dekat raya . raya ??? bila cakap pasal raya semua orang happy .. semuanye ditukar serba baru . baju raya la . kueh raya la . kasut raya la . semuanyeee berkaitan dengan raya . tapi kalo korang tanya aku  , aku akan jawab ... aku nak DUIT RAYA !! hahahahaha ~ kalo kecik-kecik dulu , yang paling best nak p beraya sebab nak penuhkan p0ket baju raya . giler ! ciap de p0ket lagi tuh baju kurung dulu-dulu . yer la, dulukan kecik je .. so asal p mana-mana rumah je mesti la dapat paw tauke umah tuh . nak pastikan p0ket tuh terlondeh bukan senang tau . kene p setiap rumah .. kalo tuan rumah yang malas nak layan tuh ciap tanya " nak makan ke nak duet raya ?? " .. kalo dah tanya camtu confirm2 la bebudak cakap nak duet . sape yang taknak duet kan .. lepas gak beli jajan . ehheheeheh ~ time kecik-kecik je memang menggila la dapat main bunga api . xberani nak main meriam ke , mercu .. takotttt .. berani main bunga api je . tuh pun dah cukup . korang nak tau . pasal bunga api ler baju aku terbakar . ciap de kesan lagi tuh kat pinggang aku tapi kalo check sekarang memang sah-sah la dah terbenam dek lemak-lemak aku yang berlapis-lapis nih . hahahahaha ~ walaupun kesan tuh dah makin tenggelam tapi aku still ingat lagi . time raya la , highway sesak . semuanye berduyun-duyun nak balik kampung . jumpe sanak saudara .. adek beradik .. kalo semua kereta bole terbang kan best .. rasanye kesesakan takkan berlaku dimalam raya . bak kata abang aku la .. hehehehe ~ bila cakap pasal malam raya je rasa tak sabar nak menanti saat tuh .. jeng . jeng . jeng .. dimalam raya la aku n akak aku akan menyerbu kedai-kedai baju . time tuh kan harga jatuh . perghhh ~ memang tak ingat la kalo dok shopping baju raya .. ehhhehehe ~ ingatkan kalo shopping malam raya , semua rakyat jelata pulang ke kampung .. upenye . id0k la gamaknye . deme pun join sekaki dengan aku . memeriahkan shopping mall sambil melayan lagu raya yg berkumandang . eheheheheh ~

Dipagi Raya ..
selalonye dipagi yang syahdu dengan kesejukkan air paip di tandas telah membuatkan seluruh badan aku menggigil kesejukkan .. setelah pakai baju raya hilang rasa kesejukkan tersebut . perghhh~ asal aku poyo sangat nih . ahahahhaah ~ bila segalanye dah ciap .. get ready nk balik kampung .. kitaorang berbaris cam askar je .. nak memohon maaf pada mak abah . bila adegan syahdu bermula .. abis banjir la ruang tamu yang telah dikemas rapi tuh .. pastu baru la kitaorang sekeluarga akan bertolak balik .. dok dalam kereta layan lagu raya . memang besttt ar . tengok luar pulak . nampak bebudak pakai baju raya . memang keriangan dalam hati tersentuh la .. sebelom sampai umah at0k mesti singgah solat raya kat masjid area-area kampung .. dengar takbir raya berkumandang . perghhh~ memang lengkap la ari raya aku .. dapat tibai ketupat , rendang and sewaktu dengannye memang tak agak la .. misi nak kuruskan badan terbantut dek kerana juadah raya yang cuba menggoda nafsu and batin ku ..
nyummm . nyummmm . nyummm ~

Petang Raya 1
masuk je tengah hari orang lain sibuk p beraya .. yang aku sibuk nak tito . ngntok la katakan . bajet cam aku la yang dok uat lemang siang malam . hehehehe ~ tapi bangun-bangun je terus p beraya .. entah pe-pe .. hehehehe ~

Raya ke 2
raya ke2 tahun nih best cikit .. sebab adek beradik abah suh kitaorang p umah deme kat kedah . first time aku dapat beraya kesana sebab jejak kasih telah berlaku dalam family aku .. heheehhe ~

Raya seterusnye ?? pastinyeee dirumah pulak . tunggu kengkawan aku datang .. raya . raya . raya .. heheheheh ~

Saturday, July 23, 2011

selamat tinggal !

setelah sekian lama aku mendiamkan diri tanpa mengupdate blog nih . baru rinih aku de kesempatan tuk mengupdate beliau .. cian blog aku nih . abis berhabuk . tebal giler habuknye . isy3 !! hehehhehe ~ ceh ! tak bole bla je . heheheheh ~ sepanjang beberapa minggu aku tak update nih , macam-macam yang terjadi dalam kehidupan aku nih . yer la , setiap mase idop kite nih pasti de berubahan tak kira la sedih mahupun gembira . toi tak ?? kalo tak betoi , korang betoikn erk . story idop aku kali nih banyak tentang kesedihan berbanding kegembiraan tapi ade seorang hamba Allah swt telah menyedarkan aku tentang sesuatu . betoi pe katanye . aku tak patut bersedih tuk ape yang dah terjadi . segalanye ketentuanNye . pasti ade hikmahnye . menangis airmata darah sekali pun tak guna kalo tuh yang dah tertulis . so aku biarkan segalanye begitu sahaje . andai dia buatku , pasti dia akan jadi miliku .. namun andai sebaliknye aku redha dengan suratan ini . mungkin dia bahagia dengan pilihan hatinye . manusia hanya mampu merancang tapi manusia jangan mudah lupa bahawasanye segala yang terjadi adalah dari DIA yang maha berkuasa . arinih mungkin kebahagiaan milik kita , mana tahu suatu hari nanti kesedihan menemani kita . tak siapa yang tahu . cuma aku perlu lebih kuat tuk semua ini . aku masih belum kehilangan ape-ape kerna .. aku dikelilingi dengan insan-insan yang aku sayang .. mungkin setelah apa yang terjadi lebih menguatkan aku untuk lebih mencintaiNye .. dah suratan . ini yang perlu aku terima .. hanya doa kebahagiaan yang mampu aku hadiahkan buat dia yang aku sayang .. saat bahagia hanya sementara .. andai kekal hingga hujung nyawa banyak yang aku ingin lakukan namun hampa segalanye .. tak mungkin .. dia membisu tanpa sepatah bicara .. aku hanya mampu mengabadikan segalanye .. walaupun mencintainye hanya sementara dia sentiasa dihati .. kesetiaan ku hanya sia-sia dimatanye .. dia betol-betol dah berubah .. " kau tak faham-faham lagi waheeda ?? tuh tandanye orang dah tak nak kat ko la tuh . "  huh ! yer , aku faham .. tuk ape aku menanti sesuatu yang tak pasti .. arghhh ~ biar la aku pergi andai ini yang dia nak .. pergi jauh-jauh .. melihat kebahagiaan insan yang aku sayang sudah memadai .. terima kasih   wak .. terima kasih sebab menipu saya .. saya tak sangka . kepercayaan saya pudar .. terima kasih ! selamat tinggal ..

Tuesday, June 28, 2011

sehari di KL

assalamualaikum semua .. cak ! wahhh ~ telah sekian lama aku tak update blog aku nih .. dah banyak cengkerik yang hinggap kat blog nih . shuuhhh ~ ahhaahhaah .. aku bukan menghilang mahu pun menyembunyi tapi menyepi .. hahahhaahha ~ bukan lebih kurang ke maknanye tuh ?? hentam je la labu . haaa ~ biaq p la .. heehehe .. semalam aku telah menjejakkan kaki aku yang tak berapa nak licin nih di suatu tempat yang tersangat la heppning dengan manusia-manusia yang mencari nafkah disana .. perghhh ~ satu suasana yang tersangat la aku tak suka .. memang pening sungguh .. aku tak faham kenapa and mengapa mereka-mereka bole duduk disana .. sesak .. sesesak nafas aku yang tak bole bernafas nih .. eheheheheh ~ padat dengan bangunan and kereta yang berpusu-pusu time tuh .. mana taknye . aku p sana ari ahad . sah-sah la ramai yang dok merebut-rebut dalam celahan kesesakkan tuh .. perghhh ~ ayat tak bole bla je kan .. poyonyeee aku . hahahahaha ~ tuh bukan kali pertama aku melangkah kesana . sebelom nih pun aku penah p tapi bezanye nih la kali pertama aku p satu shopping mall yang dikenali dengan nama glamornye mid valley .. korang ingat manusia je de name glamour ?? mega mall pun de tau .. ahhahhahaah ~ agak jakon disitu .. orang lain dah berpuluh-puluh kali p sana , aku baru je kali pertama .. haaa ~ lantak aku la .. nih entry aku .. de aku kisah . wekkwekkkwekk ~ first-first dalam pikiran aku " bole sesat aku dalam nih " .. tapi tanggapan aku jauh sama sekali sebabnye dalam beberapa jam aku dah pun tawaf satu mid valley tuh .. hahahahahah ~ walaupun aku rasa takde la menyeluruh tapi bole dikatakan hampir satu mid valley aku jalan .. kaki ?? perghhh ~ takyah cakap la . memang penat giler jalan .. dengan baju kurungnye .. tak agak . hahahahaha ~ eh, korang mesti pelik asal pakai baju kurung p mid valley kan.kan.kan ?? bukan nak tunujuk sopan mahupun nak tunjuk ayu tapi sebab aku p melantak kat kenduri kawin . aku p sana pun sebab nak makan free nasi minyak orang . tuh pasal la badan aku membolat je . tak abis-abis nak makan . ahhahahahaha ~ cuti ke tak cuti ke sama je badan aku nih . takyah tunggu cuti . badan aku dah sememangnye bolat .. asenye kalo nak uat bantal peluk memang sedap sangat la tuh . hahaahhaha ~ wokey la , aku nak masuk tito dah . bantal aku dah dok panggil-panggil tuh .. " waaaheeeeedaaaaa ~ " ehheeheh .. lo0rrr ! lupa nak upload pic kat sana la . tak dapat la aku nak tunjukkan bukti yang sahih kat angpa semua .. emmm .. xpe la , nti aku bawak masuk erk . k la , aku caw dulu .. adios !! camat malam .. =)

Monday, June 13, 2011

berkobar-kobar .. o00 yeahhh ~

arrgghhhh ! ~ mereng suda . dah bape lama aku dok terperap kat dalam umah . kalo perap cam ayam tuh tak pe gak , bole jugak la jadi makanan seisi keluarga . nih idok .. dok mengembangkan badan lagi de la .. ahhhahahaha ~ entry lagi nih takde yang best pun .. dok kat umah setiap ari aku uat benda yang sama . bosan la beb .. dah tak sabar nak LI nih .. bila la nak start .. ceh ! kang bila dah start mula la nak relax . yer la, mana taknye .. dah manjakan badan dengan rehat yang terlampau .. ehehhehehe ~ bulan nih , bulan aku amek lesen .. lesen ape ?? oo00 yeahhh ~ lesen agong .. hahahahah . lesen kereta la .. orang lain dah dok merempit kat jalan . aku baru nak amek . entah ape-ape je kan .. tapi takpe .. bak kata pepatah .. " memandu berhati-hati, jiwa selamat " .. betul ke pepatah aku nih ?? tibai je la labu .. heheheheh . eh, jap-jap .. pe kena-mengena dengan mek lesen ?? udahhh ~ senget .. hahahahahahahaa ~ aku de saki-baki masa tuk bawak kereta 8jam lagi .. jumaat nih aku belajar lagi . mudah-mudahan , jumaat nih ok la erk . sementara tuh , aku nak lanyak kereta abah dulu . hahahhahaha ~ ermm .. aku lemah bab kat litar la . kalo kat jalan besar ok la pulak bawaknye . aku tak paham toi la .. kat litar yang paling aku lemah , korang nak tahu ape ?? bukit and 3penjuru .. cis ! .. geram toi aku . nanti la .. siap aku tibai kat situ .. aku tak leh mudah mengalah .. aku mesti bole .. hahahahahahahah ~ mudah-mudahan aku lulus dengan jayanye .. aminnnn ~ kome doakan aku yer .. adios ! assalamualaikum .. =)

Thursday, June 9, 2011

petua menghilangkan jerawat !!

w0key la .. malam nih aku nak kongsi satu petua dengan korang semua . aku pun tak tahu kesahihan and kemujarabannye sebab aku baru je mengamalkan aktiviti nih .. petua untuk hilangkan jerawat . aku tahu , sesiapa sahaja yang mengalami permasalahan nih mesti hilang keyakinan diri and runsing serta gelisah .. kan ? kan ? kan ? korang takyah nak tipu la .. ehhhehehe ~ dan itu yang aku selalu lalui . memang aku tak nafikan . aku sering kali mengalami rasa tak yakin pada diri sendiri . kadang-kadang aku malu untuk pandang muka orang-orang disekeliling aku .. sebab pe ?? hah ! sebab jerawat .. masalah jerawat aku timbu disebabkan oleh faktor keturunan jugak .. aku ikot ayah aku punye kulit muka .. mudah dapat jerawat . tuh pasal la aku mudah ade jerawat .. kadang-kadang hanya kerana jerawat lelaki tak sukakan perempuan . sebab pe ?? sebab laki sukakan yang cantik , gebu and pandai jaga kulit muka . emm . tapi tahu tak mereka bahawasanye tiada siapa mahukan jerawat nih timbul .. untuk mengelakkan and mengurangkan jerawat di wajah .. silalah amalkan petua ini .. =)

1. Mula-mula, selalulah membersihkan muka anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala yang bersih dan lembut. Kepada yang beragama Islam, boleh juga amalkan selawat ke atas Nabi semasa basuh muka tu.

2. Kemudian, amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan memakan makanan yang berminyak dan berlemak. Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

3. Apa yang lebih penting ialah waktu sebelum kita tidur. Untuk hilangkan jerawatsecara beransur-ansur di muka, sapukan seluruh muka dengan bedak batu atau bedak sejuk.

4. Apabila bangun pagi pula, bersihkan muka kita dengan air bersih. Jangan lupa berselawat bagi yang Muslim.

5. Amalkan setiap malam sehinggalah muka anda bebas dari jerawat. Jika jerawat dah sembuh dan masih nak mengamalkannya, itu adalah lebih baik dan tiada salahnya. 

selamat mencuba ..
adios !!
assalamualaikum ..

Tuesday, June 7, 2011

kenapa ?? aarrghhhh ~

aarghhhh !! ~ ape aku nak buat nih ?? salah aku ke ?? tapi aku cuma nak berkawan je .. kenapa mesti nak salah erti cara aku berkawan ?? waduhhh ~ gawat nih . aku tak mintak jadi camnih .. tolong la faham . kenapa dia mesti tak faham . puas aku pohon maaf .. aku tak menolak dan tak menerima .. aku hargai perasaannye pada aku tapi aku dah pun ade si dia .. dia jugak tahu tentang tuh tapi kenapa dia seolah-olah seperti tidak mahu mengerti .. berbuih aku bagitau .. maaf ! kita kawan yer .. itu yang selalu aku ulangi .. aarghhh ~ cukup la .. aku cuma nak kawan .. tak lebih . =(

" sesungguhnye hanya padaMu aku bermohon .. jauhilah dan lindungilah aku dari benda-benda yang tidak diingini " .. aminnn ~

Doa dipermudahkan Jodoh .. aminn~

Jodoh ... korang penah terfikir tak siapalah bakal suami or isteri korang ?? mungkin ade yang segelintir dari korang memikirkan benda nih .. contohnye aku . takyah cari contoh yang jauh-jauh sebab aku sendiri tak lari daripada memikirkan benda-benda nih . cam gatal je kan cakap pasal jodoh tapi bagi aku normal la bila dah besar and dok sorang-sorang pikirkan benda-benda nih .. kalo aku tak normal tak tahu la .. hahahaha ~ yer, tiada siapa tahu .. siapa bakal menjadi teman sehidup mereka .. segalanye ditangan Ilahi . seribu tahun kita merancang pun belum tentu dia milik kita .. bercinta sejuta tahun pun belum tentu dia teman yang dicipta buat kita .. perghh ~ dasyatnye . biyor beno seribu and sejuta .. tak agak . hahahahaha ~ cuma kadang-kadang tuh kita mesti mengharapkan si dia yang kita kasihi itu lah raja/permaisuri dalam hati kita hingga hujung nyawa kan .. tak semua pasangan yang bercinta memiliki cinta sejati mereka .. tapi tak semua jugak memiliki cinta yang tak disangka .. yer la, siapa tahu kan .. sudah ketentuanNye .. kita sebagai hambaNye perlu redha dan menerima segala yang telah ditentukan buat kita .. mungkin segalanye ada hikmahnye .. tawakal dan berdoalah . insyallah .. moga-moga jodoh yang telah ditetapkan buat kita semua tergolong dalam lindungan Ilahi .. aminnn ~ sesungguhnya wanita yang baik itu diciptakan buat lelaki yang baik .. itu janji Allah swt .. =)

Doa dipermudahkan bertemu Jodoh 

1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)
Yang bermaksud : “Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

2. Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :
“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”
Ertinya : “Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”.

3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.
“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”
Ertinya : " Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau."
selamat beramal .. semoga kehidupan anda diwarnai keceriaan dan kebahagiaan .. 
adios ! 
assalamualaikum ..

blog berwajah baru !! ^_^

fuhhh !! akhirnye aku berjaya jugak mengupdate blog aku nih .. ce tengok blog aku yang dah berwajah baru .. amacam cantik tak ?? hahahahaha ~ sekali dengan lagu blog aku tukar .. lagu nih aku tuju khas buat si dia .. jeng . jeng . jeng .. spe erk ?? hahahaha ~ lu pikir la sendiri . =D .. kalo korang perasan gambar yang aku gabung kat belah atas blog aku tuh pun telah berjaya aku tukar .. wahhh ~ wangiinyeee blog nih .. ahhahaha ~ bau baru la .. hahahahaha ~ senget . cis ! .. =) .. w0key la . dah kol bape nih aku tak tito lagi .. arinih kita dah lalui . esok kita bakal lalui .. so lalui la hari-hari yang penuh dengan kegembiraan .. happy-happy selalo .. peaceee !! ^_^

Thursday, June 2, 2011

handphone feberat !! =)

hahhahahaha ~ jeng.jeng.jeng ... nih la enset feberat aku .. dah lama aku idamkan handfon nih .. tak tahu kenapa dan mengapa aku ingin memiliki beliau .. nak kata canggih sangat takde la pulak . biase-biase je tapi handfon nih toi-toi uat aku jatuh cinta dengan dia . ahahhahha .. kebetulan aku kuar dengan member baik aku tadi . dengan bersahaja aku berjalan tetibe aku ternampak akan beliau . pergghh ~ murahnyeee tapi sedih la time dia murah la aku tak dapat meragutnye dari kedai tuh sebab duet pt tak masuk lagi .. huhuhuhu . sedih tau . first time aku jumpa enset nih murah . dah la lengkap dengan macam-macam function . orang lain dah pakai lama , aku baru je nak pakai . entah ape-ape je aku nih kan . hehehehe .. eee . geramnye aku . takpe . takpe .. nanti dia .. nih la handfon nye .. hhehheheheeh ..

harap-harap aku dapat memilikinye .. =)

cinta terakhir ..

segalanye sudah berakhir .. mungkin ini lah pengakhiran episod cinta aku dan dia .. tergantung tanpa bicara .. bisikkan semalam sunyi tanpa suara .. sepi tanpa nafas kerinduan semalam .. tiada lagi kata pujangga cinta .. tiada lagi buat selamanya .. aku percaya jodoh ditangan Ilahi . Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat setiap hamba-hambaNye . setelah beberapa hari dirimu menyepi , kini aku mengerti maksud disebalik segala ini . mesej dihantar mengharap dibalas kembali, menunggu setiap saat panggilan rindu namun hampa sama sekali .. hanya titisan airmata menemani rasa ini ..  tidak ku mengerti apa salah diri ini . tidak ku fahami mengapa ini terjadi . hanya secebis mesej yang ku harapkan darimu namun sepi .. sunyi .. segalanya terhenti . andai diriku yang bersalah, aku pohon ampuni segala kesalahanku ini .. namun andai ini yang dirimu mahu terjadi, aku pasrah kehadrat Ilahi . andai dirimu telah menemui pengganti diri ini , aku rela mengundur diri demi kebahagiaan insan tersayang .. akan aku iringi solatku dengan doa kebahagiaan buatmu walau hati hancur berkecai .. semoga dirimu bahagia bersama si dia yang baru . aku hanya mampu tersenyum walau pahit untuk ku telan .. terima kasih untuk perasaan ini . selamat tinggal awak ..

Wednesday, June 1, 2011

andai dapat aku hentikan waktu ..

wahhh ~ dah lama rasanye aku tak intai blog usang aku nih .. habis berhabuk .. eleh, padahal baru beberapa ari . tak bole bla toi .. wokey la, story aku tuk beberapa ari yang berlalu dalam idop aku .. arinih aku baru je telah melaksanakan misi and visi aku .. nak tau pe dia ?? jeng . jeng . jeng .. hehhehehe ~ akhirnye aku telah berjaya memegang stering kereta .. hahahahahah ~ tuh baru je pegang . dh kecohkan . mana tak kecohnye .. pengalaman pertama .. lawak pun de .. orang marah , aku gelak .. de ke patut .. hehehehehe ~ baru aku rasa betapa payahnye orang-orang yang memandu nih .. terpinga-pinga aku tadi .. yer la, mula-mulakan tapi aku tak mudah mengalah . heheheheheh ~ 3jam berturut-turut aku tak berhenti semata-mata nak kasi diri nih cekap .. bukan aku tak dikasi rehat tapi aku yang tak mahu rehat .. sampai camtu sekali .. isy . isy . isy .. penat gak bawak kereta nih upenye . sakit kaki and sakit tangan tapi pakcik tuh cakap lama-lama biase la .. semua orang camtu . ermm .. lama-lama mesti boleh punye la .. so aku jadikan kata-kata pakcik tuh ingatan sampai bila-bila .. hah ! pakcik tuh pun cakap aku nih kuat berangan .. aku bukan ape . aku berangan nak ingat step seterusnye je .. walau pada hakikatnye kengkadang tuh fikiran nih de gak terfikirkan diri si dia .. huhuhuhuhu ~

Ku panjatkan keatasMu ..
Ya Allah, seandainye dia diciptakan menjadi imamku suatu hari nanti, Kau dekatkanlah hatinye dengan hatiku namun seandai sebaliknye .. aku pasrah dengan ketentuanMu .. Kau lebih mengetahui apa yang terbaik buat setiap hamba-hambaMu .. sesungguhnye aku amat menyayanginye .. doa kesejahteraan dan doa kebahagiaan buatnye sentiasa mengiringi setiap solatku .. Ya Allah, sesungguhnye aku jua memohon padaMu .. jauhilah aku dan dirinye dalam lembah kemaksiatan .. bawalah kami kejalan yang Engkau redhai sepertimana Engkau meredhai jalan cinta Adam dan Hawa .. aminnnn ~

Buatmu sayangku :

Abang, 
ayang amat merinduimu ..
ayang amat mencintaimu ..
ayang amat memerlukanmu .. 
ayang amat menyayangimu .. 
setiap saat hanya kamu .. Mohd Fikhri b. Md Daain ..

Thursday, May 26, 2011

mahligai terindah ..

entry kali nih mengenai rekaan dalaman .. korang mesti ade impian nak cantikkan rumah idaman korang suatu hari nantikan ? cam tuh jugak la aku .. dari dulu memang ini yang aku inginkan .. bak kata pepatah rumahku, syurgaku .. so aku nak uat umah aku bagai syurga yang indah uat family aku suatu hari nanti .. supaya suami and anak-anak aku tak jemu nak duduk kat rumah .. bila rumah cantik , baru la sedap mata memandangkan . balik keje je tengok rumah terus rasa tenang .. tuh la yang dikatakan syurga idaman .. ehheheeheh ~ aku sempat search kat internet pasal design-design nih .. jom kte tengok .. 

nih sedikit sebanyak yang aku sempat curi .. ahhahahahah ~ banyak ke ? 2 gambar je .. pe-pe pun camnih la bilk idaman aku .. akan aku jadikan rumahku mahligai terindah .. 

adios !
assalamualaikum .. =)

merinduimu sayangku ..

mengapa perlu ade dugaan dalam perhubungan ? mengapa sejauh nih jarak cinta aku dan dia ?? ye, cinta jarak jauh .. sangat memedihkan . aku tak sangka sampai begini sekali aku merinduinye . kadang-kadang terasa nak hentikan waktu tuh .. biar dia tetap dengan aku .. tapi aku tahu, aku tak mampu . bila rindu, hanya mampu mendengar .. setiap bait-bait katanye meleraikan rasa rindu nih . rindu yang teramat sangat .. salah ke ape yang aku rasa nih ?? Ya Allah , sesungguhnye aku memerlukan kekuatanMu agar terus bertahan dalam hubungan ini . sesungguhnye Kau maha penyayang .. andai dia sudah tertulis buatku .. dekatkanlah hatinye dengan hatiku .. andai sebaliknye . aku redha dengan ketentuanMu .. airmataku sedari tadi tak mampu aku hentikan . airmata rindu ku tiada nilai apa-apa .. hanya pergi dan hilang begitu aje . emmm ~ aku merinduimu setengah mati ..

sehari di Jaya Jusco, Ipoh ..

w0key . rinih aku de story cikit pasal diri aku walaupun tangan aku tengah sakit akibat pukulan padu aku time main bowling tadi , aku tetap nak menaip .. tepat jam kol 11.45pagi , azol hantar aku betul-betul depan pintu masuk jaya jusco atau lebih dikenali sebagai j.j .. cam la korang tak tau kan .. hehehehehh ~ aku pergi nih pun setelah dipujuk oleh sorang kawan aku nih .. dia berharap sangat aku pergi . aku bukan niat nak menghampakan dia tapi aku betol-betol tak bole .. emm . dia memang tak putus asa memujuk aku .. memang cair la aku kalo orang pujuk-pujuk nih . lemah toi la .. aku sendiri tak tahu kenapa senang je hati nih terima pujuk rayunye .. akhirnye aku pun pergi .. setelah dia berniat ingin men'support aku .. sedih bila diri menyusahkan orang lain . sapa yang suka diri sendiri nyusahkan orang lain kan ? korang pun mesti tak suka . camtu jugak la aku .. tapi ade sebab mengapa terjadinye begitu .. thx nurul hatun .. =) akan ku balas jasa baik mu .. muahhh ! argghh ~ sakit la pulak tangan aku nih .. sengal dibuatnye . dah lama tak main bowling . tetiba tanpa senaman tangan terus-terus je main . mana tak sakit .. adoyaiiii ~  sabar je la .. sengalnyeee ~ de sapa-sapa nak tolong urutkan ? heheheheh ~ hah ! sebelum kitaorang p main bowling , kitaorang telah menyunjungi tempat karok . hahahaah ~ melalak diwaktu pagi . dah cam ayam berkokok lak .. eh, tapi ayam berkokok sebab nak kejutkan orang bangun .. yang aku nih berkokok tuk pe ?? tuk panggil hujan .. hahahahah ~ memang sah petang tadi hujan . nampak sangat berkesan hasil dari melalak aku pagi tadi .. ehheheh ~ yang karok cuma aku and hatun je .. fira n mel tak mau .. entah kenapa aku pun tak tahu .. mybe deme segan kot .. eh, nak segan pe ? bukan tak pakai baju . de-de je la deme nih .. so terpaksa la aku and hatun melalak selama 1jam kat situ .. pastu baru la kitaorang main bowling .. ade satu adegan memalukan telah berlaku dalam diri aku .. masuk kali nih dah 2kali terjadi .. malunyeeee ~ de ke patut bola bowling aku bole ke belakang . cis ! malunyeee ~ tebal muka . ase cam nak sembunyikan muka kat dalam baju sapa-sapa je.. ahahhaah ~ eh, knpe tangan aku makin sakit nih ?? adoiii ~ eh, kaki pun sakit ?? semuanye sengal .. ok la . aku nak rehat sat .. esok-esok aku story lagi yer .. adios . assalamualaikum . nite .. miss u cyg .

Wednesday, May 25, 2011

miss him ~

makin jauh, makin rindu aku padanya .. yer, itu lah yang aku rasa sekarang .. setiap masa , detik mahupun sesaat hati nih asyik merindui dirinya .. adakah dia jugak merasai ape yang aku rasa ? ermm .. setiap kali merinduinye .. persoalan itu pasti bermain-main di mindaku .. huhuuhhu ~ hanya Dia yang maha mengetahui .. seandainye dia membaca entry nih .. ingin ku memberitahunye .. aku amat merinduimu sayang .. aku amat mencintaimu .. walaupun kita tak pernah bersua muka namun hati ini hanya terukir namamu .. lebiu sayang ..

Tuesday, May 24, 2011

Dia maha mengetahui ..

wahhh ~ rinih tak tahu kenapa hati aku berbunga-bunga sangat .. dah cam orang gila je dok senyum sorang-sorang .. nak tau kenapa dan mengapa aku jadi begini ?? hahahaahha .. sebabnyeeee .. dalam sehari nih je aku asyik tengok drama pasal kahwin je .. asal kahwin je drama .. asal drama je kahwin .. tuh pasal la aku mereng sat . yang tak bole bla tuh, deme kena kahwin paksa .. tuh pasal la aku suka . pelikkan .. de ke suka kahwin paksa .. takde . aku bukan pe . aku suka sebab bagi aku sweet pe bila sebuah perkahwinan tuh di rancang oleh family sendiri sebab aku selalu dengar orang tua-tua cakap jodoh yang orang tua-tua tentukan nih kekal sampai bila-bila . mana tak kekalnye . dah sah-sah dapat restu kedua-dua belah pihak . so ikatan perkahwinan tuh akan lebih bermakna .. hah ! aku tak bermaksud kahwin pilihan hati tuh tak bahagia or tak dapat restu keluarga , cumanye aku suka je tengok drama-drama yang kena paksa nih . eheheheeheh ~ cam tengahari tadi la, aku layan drama dari seberang sebenarnye aku tak bape minat sangat citer dari seberang nih . asyik melalut je . meleret tak abis-abis .. tapi entah kenapa satu citer nih uat aku tertarik untuk menontonnye .. citer nih baru je start tayang kat tv3 ari isnin tuh .. kira masuk arinih dah dua ari citer tuh ditayangkan .. tajuknye Amanah Dalam Cinta .. citer pasal sorang perempuan yang nak kejar cita-cita dia tapi pakcik dia paksa dia kahwin dengan sorang mamat nih . dia tak nak . so pe lagi dia telah melarikan dirinye . tengok ? kena paksa kahwin kan ? tuh pasal la aku suka tengok . sebelom nih aku tak layan pun citer dari seberang sebab takde adegan lari melari nih especially adegan melarikan diri sebab dipaksa kahwin .. heheheheeh . aku dah dapat agak citer nih camne .. so kita biarkan je la citer nih melalut erk . aku tau sangat .. citer dari sana memang selalunye meleret .. so tak lama lagi sah aku dah tak layan drama nih .. ehheehhehe .. citer yang kedua aku layan berkaitan kahwin paksa nih iaitu tak lain dan tak bukan .. citer slot akasia kat tv3.. tv3 lagi . heheheheh . tajuknye Nora Elena . memang aku suka la jalan citer nih sebab citer nih adaptasi daripada novel .. bertambah suka lagi aku dalam citer nih dia terpaksa kahwin dengan ahmad seth than abdullah tuh sebab nak tutup malu keluarga . kira isu pengorbanan la nih .. yang si seth than tuh memang dah lama suka kat nora elena tuh . mana taknye . lama giler dia dah minat kat minah tuh .. 10tahun dia mencari minah tuh . last-last dia dapat tahu nora tuh dah jadi tunang orang tapi nak dijadikan citer nora tuh putus tunang .. memang best la seth than .. pe yang di tunggu-tunggu selama nih akan tercapai . kalo aku pun , aku suka .. 10tahun memendam perasaan . tup.tup dia jadi isteri seth than tuh .. memang aku suka la tadi . aahahhahahaha ~ aku pulak yang lebih-lebih .. tak bole bla toi . citer yang ketiga pasal kahwin paksa nih lak tajuknye Bait Cinta .. haa ~ kali nih bukan kat tv3 tau tapi tv9 . dekat dihatiku .. ahahhahaah ~ citer nih pun best gak . dari mula kemunculan drama nih sampai sekarang aku tak tinggal lagi .. tapi citer nih agak menyedihkan aku la . aku kesian kat heroin dalam citer nih . dia dah la ustazah tapi terpaksa kahwin dengan lelaki haprak tuh .. isyy ~ geram je aku tengok . orang baik dengan orang yang camtu tapi aku tau citer je tuh .. so jangan la emosional sangat wahida .. hehehehe ~ dari pe yang aku tengok .. sebenarnye setiap citer tuh ade pengajarannye .. terutama pengajaran pasal jodoh . nampak sangat jodoh kita tak siapa yang tahu . hanya DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik buat setiap hamba-hambanye .. kadang-kadang kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan .. so walau terpaksa macam mana sekali pun sebenarnye itu lah jodoh kita . jodoh yang terbaik dari Ilahi .. kalo dah drama tuh memang drama gak so tak leh nak cakap pe la . dah pengarah suruh uat lagu tuh .. deme lakonkan je la erk .. pe-pe pun aku happy sangat .. dalam happy-happy pun masih teringatkan si dia . rindu yang tak pernah padam buat si dia . miss u cayang .. rindu cayang sesangat .. muah ! adios ! assalamualaikum .. =)

Sunday, May 22, 2011

story rinih ~ besttt ..

assalamualaikum . w0key . sebel0m kita nak masuk mana-mana . kita kena kasi salam dulu kan ? s0 nak masuk dalam blog pun kasi la salam jugak walaupun kita tak tau de orang jawab ke tak . hheheheheh ~ rasanye dah lama aku tak update blog usang aku nih . bukan ape .. aku tak tau nak story pasai pe . tapi malam nih aku de story nak kongsi . hehehhehehhe . rinih uat kali pertamanye aku menonton wayang setelah sekian lama aku cuti . sepanjang aku cuti , aku banyak menghabiskan masa aku kat umah . bak kata gasaqnye menghabiskan beras je . hehehehe . kalo dulu selalo la jugak aku p tengok wayang . asal de citer yang kuar je mesti nak p tengok . asal nak tengok je kuar . kira kerap la jugak tapi sekarang dah jarang . mybe kesan dari perubahan zaman berzaman yang aku alami nih la kot . zaman kedewasaan aku . hahahahahahah ( gaya action kamen ) .. tapi rinih aku telah menemani seorang makhluk ciptaan Allah .. bukan ciptaan manusia tau . si tembam ku . disebabkan beliau tersangat la teruja ingin menonton citer tersebut aku pun layan la .. pada hakikatnye memang aku layan pun . untuk tidak menghampakan jiwa naluri beliau .. aku ikotkan aje la . kang majuk lak si tembam aku tuh . tak pasal-pasal hilang kecomelan yang dimilikinye .. hehehehehe ~ sebelum tayangnye bermula . aku dan deme-deme nih pun p la melantak dulu . pagi-pagi cam nih pe lagi kan . takkan la nak pekena roti canai lak . mana de orang jual kat jaya jusco vs jj nih .. so kitaorang pun menyerbu la mcD .. memang saat-saat nih la yang aku tunggu selama ini . akhirnyeee menjadi kenyataan . mata aku memang bersinar-sinar la time nih .. heheheheeh . bukan aku tak penah makan tapi aku teringin sangat nak mam mcD breakfast . entah pe yang menarik sampai uat aku tertarik aku pun tak tau . dah teringin .. tak tau nak cakap pe la .. heheheeheh . lepas selesai je melantak kitaorang pun memanjat tangga yang sedang bergerak . eh, dah nama pun bergerak . takkan nak panjat lagi kot ?? aarr ~ panjat saje la . hehhehe .. sampai je kat tingkat dua kitaorang menyinggah lak kat kedai buku popular . memang popular la kedai nih .. ramai toi makhluk-makhluk yang bergerak berpusu-pusu .. ade yang nk bayar , de yang tengah membaca , de yang dok membelek-belek and tak kurang jugak yang baru sampai . aku la tuh .. eheheheheh ..  tujuan aku and akak aku jejakkan kaki kesitu sebab nak cari satu buku nih .. tajuk dia kasih yang suci . novel nih la adaptasi citer nora elena . tuh pasal la akak aku berkobar-kobar nak cari .. aku ? takde la berkobar-kobar sangat .. relax suda . heheeheheh .. aku pun menjeling sepintas lalu pada jam ditangan . jam suda menghampiri pukul 11.50 pagi .. so aku and si tembam ku pun memanjat lagi satu anak tangga untuk ke panggung wayang dimana citer tersebut ditayangkan .. jeng.jeng.jeng .. citer Nur Kasih The Movie .. walaupun citer nih sekejap je tapi berbaloi la jugak duet yang aku laburkan untuk menonton gandingan remy ishak and tiz zaqyah nih . yang menariknye pasal citer nih .. emm . kalo korang tanya aku terus terang dari hati aku nan suci nih .. aku suka giler dengan grafik yang cuba pengarah citer nih tonjolkan . menarik .. indah sangat .. permandangan kt Jordan . huh ! alangkah indahnye kalo aku yang berlakon dalam filem tuh .. leh p Jordan tapi confirm takde sape yang nak tengok . hehehehehe .. lagi satu part yang aku suka .. kat sawah padi time adam peluk nur dari belakang sambil nur melukis .. perghhh ~terasa cam remy ishak peluk aku tuh ..  huh ! bestttnyeeee . romantik .. sweet sangat .. kalo dapat laki yang romantik camtu mesti dunia nih cam aku yang punye .. ahahhhahaah ~ yang tak bole bla time aku tengok citer nih . de la satu family nih . anak laki dia dok sebelah aku .. mengalahkan aku lak fillingnye .. dia lak yang lebih-lebih .. aku tak nafikan aku pun nangis gak tapi takde la cam dia .. huh ! nampak beno jiwa kejantanannye tersentuh .. caya la . laki pun nangis .. heheehheeh .. kuar-kuar je dari panggung aku pe lagi snap la gambar aku yang tak berapa nak comel kat poster Nur Kasih The Movie tersebut . nih dia .. jeng.jeng.jeng .. hehehehehhe ..

 pe macam ?? comel terlebih tak ?? ahahahahahah ~ 
pasan suda . parah la camnih .. wekkwekkk .. =p

lepas je tengok citer nih kitaorang pun p jenjalan sebentar .. tetibe akak aku and buah atinye telah menyinggah di satu restoran .. yang dikenali sebagai Jonny's .. so uat kali keduanye kitaorang pun melantak .. kali nih aku memesan tomyam bihun and air chocolate .. pergghh ~ memang sedap . dah terasa cam masuk dalam rancangan jalan-jalan cari makan lak . haahhahahaha ~ pas je makan kitaorang sambung balik jenjalan . dah la time tuh pas makan .. so terasa cam uat senaman tawaf satu jj lak . senak toi perut aku .. terasa nak melepas tapi orang ramai lak . so aku pun menyimpan la hasrat aku tuh .. heheheehhe . lagi pun cik 'k' pun tak mau kuar .. so dia pun dok memulas la kat dalam perut aku nih .. hehehehehe .. sampai je kat umah . pergghh ~ lega . alhamdulillah .. wokey la .. tuh je la story aku .. lainkali story lagi erk . sebelum aku terlupa . mekacih pada akak ku and buah hati dia sebab banyak belanje aku and adek . trimas bebanyak . adios ! camat malam .. toink.toink.toink .. =)

Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih ~ tunggu aden .. hahahahahah

waahhhh ~ dah banyak aku baca komen orang ramai yang menyata Nur Kasih The Movie besstttt ~ tak sabarnye nak tengok .. mek tiket mid night la .. best cikit . hehhehehehehe . bertambah best kalo dapat tengok dengan yang tersayang tapi dia jauh .. emmm . takpe la . tengok tuk abang erk . abang p tangkap penjenayah tau . ayang p tengok . heehhheheeheh .. drama nih aku tak penah miz . jalan citer dia menyentuh kalbu dan dekat dengan jiwa penonton .. ramai yang puas hati dengan plot citer nih .. eeeee . tak sabarnye nak tengok malam sabtu nih .. eheheheheheh .. eh, aku nih . ngade-ngade lak . asyik-asyik tak sabar . cepuk kang . lebih-lebih lak . kihkihkihkih ..

Lewat ini ku rasakan, Kasih kian ku dambakan, Resah hati yang ku pendam, Pada takdir dan harapan, Detik waktu dan suratan, Siapa tahu ketentuan, Ku mencari cahayanya, Dalam bayang kegelapan .. Nur kasih .. ~ 

Wednesday, May 18, 2011

kembali ceria .. thx syg .

aku baru je lepas tengok citer nora elena .. best tau citer nih . dia adaptasi daripada novel kasih yang suci .. walau pada hakikatnye aku tersangat la teringin nak tengok adaptasi novel ombak rindu and bicara hati tapi hampa.. novel lain lak yang di adaptasikan ..takpe la . janji novel . citer kalo dari novel memang best .. tapi tengok gak la . kalo jalan citer novel tuh tak menarik , tak best gak .. kadang-kadang teringin nak rasa kisah idop macam dalam novel . cam sonok je .. tapi tuh semua rekaan semata-mata .. mana mungkin ada pada dunia yang nyata .. kan best kalo episod idop aku umpama novel .. ermmm ... romentiknyeee .. so sweet .. isy ! kuat berangan toi la aku nih . eh, memang aku kuat berangan pun .. best gak kadang-kadang berangan nih tapi jangan selalu sangat .. bahaya . kang mahu sewel aku kang .. hehehehehehe .. ok la , kita beralih pada story aku beberapa arinih .. semalam aku tak tahu kenapa aku rasa sayu . sunyi . sepi .. macam-macam yang aku pikirkan .. kadang-kadang rasa macam nak lari jauh-jauh dari semua masalah .. lari kat tempat orang lain takkan kenal kita .. terasa cam nak lepaskan semua nih kat laut .. jerit sekuat hati .. tuh la ubat yang paling berkesan untuk melegakan segalanye .. emmm .. semalam tengah lena aku tidur .. tetibe kepala aku pening lagi .. rasa sakitnye tak sama macam selalu tapi sakit sangat .. macam-macam cara aku cuba tidur .. tetibe aku terfikirkan surah yasin .. alunan bacaan yasin dari enset aku terus melenakan aku sampai ke pagi .. alhamdulillah . pening tuh hilang .. hah ! tuk hari esok lak .. jeng.jeng.jeng .. esok adalah ari ujian komputer sedunia bagi aku .. hahahahahahaha . bagi aku je .. bukan semua rakyat jelata .. doakan aku lulus erk .. k la . adios ! tak mo sedih-sedih dah tau wida .. senyummm ~ assalamualikum .

Tuesday, May 17, 2011

aku terima ...

sakit itu datang lagi ... andai ini petandanye, aku redha ...

.........

segalanye terhenti .. sunyi .. sepi .. 

Sunday, May 15, 2011

Alhamdulillah .. =)

alhamdulillah .. syukur kehadrat Ilahi walaupun tidak la seberapa tapi aku tetap bersyukur sebab semuanye ok . memang pada mulanye ada satu subjek nih kitaorang semua takot .. takot repeat je . bukan ape sem 2 rituh kitaorang takde didedahkan dengan semua nih tetibe je masuk sem 3 memang terkejut beruk la tapi rasanye lagi buruk terkejut kitaorang berbanding beruk-beruk kat utan tuh .. heheehehhehehe .. dan buat rakan kelas aku yang terpakse repeat .. banyakkan bersabar erk . memang sedih ler kalo bab-bab repeat nih .. sape yang tak sedih .. redha erk .. pe-pe pun aku tau korang bole buat pasnih .. silap-silap ari bulan lagi bagus dari hari ini .. chaiyo0kk kalian .. yang paling uat aku happy kami berlima semuanye lulus .. sebenarnye takde la happy mana sebab satu kelas pointer jatuh .. huhhuhuhu .. cuma alhamdulillah dapat aku katakan .. Tahniah semua !! jumpe sem 5 .. selamat menjalani latihan industri .. =)

Saturday, May 14, 2011

rindu ucuk !

saya RINDU sayang saya !!! ... kemana dia menghilang erk ?? ucukkk, ayang rindu sangat nih .. cian dia penat keje .. keje lelok erk .. sayang sentiasa doakan abang .. aminnnnn ..

Friday, May 13, 2011

camat pagi ! nacik lomak !

wahhh ~ aku sangat teruja nak mengupdate blog aku nih .. sebab pe ?? sebab dah hampir beberapa hari dia tergendala .. mybe dek akibat selenggaranye .. mybe la . aku pun tak tau pe koje-koje yang telah dilakukan . tengok sama je .. eheheheheh .. mengupdate disubuh hari . subuh ke ?? eh, matahari pun dah mula nak nampak tuh .. so maknenye takde la subuh sangat .. dah pagi !! pagi yang ceria ... =) sebelum tuh jom kita doa bangun tidur dulu erk . tadah tangan cepat .. " Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan " .. arinih menu sarapan aku nacik lemok .. pergghhhh ~ memang sodap beb .. lebih-lebih lagi kalo mak yang uat . sambal mak ~ perghhhh ~ first class gitu .. dah lama tak pat mam nacik lomak mak .. kalo dulu tiap-tiap hari dapat mam .. sebab dulu family aku menguruskan dalam bidang melantak nih .. tapi sekarang tak lagi .. mak dah tak larat .. yer la , sape yang nak tolong mak dah ?? semuanye dah meningkat dewasa .. dah de koje . so mak abah pun bersara la .. yang bestnye bila berkecempung dalam bidang melantak nih yang jugak dikenali sebagai bidang makan-makan . macam-macam orang yang kita kenal .. ramai yang suka beli kat mak abah sebab mak abah berniaga jual murah .. and time niagalah macam-macam yang jadi . yer la, bila berniaga nih ade je yang jeles, dengki, busuk hati .. cian mak abah tapi biase ler . mak abah redha .. walaupun pada hakikatnye agak geram la .. mana taknye . kitaorang tak ganggu rezeki orang pun tapi mereka ?? tak bole tengok mak abah senang .. emmm .. manusiakan . biarkanlah . moga-moga mereka dah lega sekarang sebab mak abah dah pun tak berniaga .. hah ! wokey la .. nacik lomak dah panggil tuh . nyam.nyam.nyam .. jemput mam semua ~ bye ~ adios ! .. =)

Wednesday, May 11, 2011

Tanpamu - Sabhi Saddi ft Helena

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu