w0key la .. malam nih aku nak kongsi satu petua dengan korang semua . aku pun tak tahu kesahihan and kemujarabannye sebab aku baru je mengamalkan aktiviti nih .. petua untuk hilangkan jerawat . aku tahu , sesiapa sahaja yang mengalami permasalahan nih mesti hilang keyakinan diri and runsing serta gelisah .. kan ? kan ? kan ? korang takyah nak tipu la .. ehhhehehe ~ dan itu yang aku selalu lalui . memang aku tak nafikan . aku sering kali mengalami rasa tak yakin pada diri sendiri . kadang-kadang aku malu untuk pandang muka orang-orang disekeliling aku .. sebab pe ?? hah ! sebab jerawat .. masalah jerawat aku timbu disebabkan oleh faktor keturunan jugak .. aku ikot ayah aku punye kulit muka .. mudah dapat jerawat . tuh pasal la aku mudah ade jerawat .. kadang-kadang hanya kerana jerawat lelaki tak sukakan perempuan . sebab pe ?? sebab laki sukakan yang cantik , gebu and pandai jaga kulit muka . emm . tapi tahu tak mereka bahawasanye tiada siapa mahukan jerawat nih timbul .. untuk mengelakkan and mengurangkan jerawat di wajah .. silalah amalkan petua ini .. =)
1. Mula-mula, selalulah membersihkan muka anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala yang bersih dan lembut. Kepada yang beragama Islam, boleh juga amalkan selawat ke atas Nabi semasa basuh muka tu.
2. Kemudian, amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan memakan makanan yang berminyak dan berlemak. Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.
3. Apa yang lebih penting ialah waktu sebelum kita tidur. Untuk hilangkan jerawatsecara beransur-ansur di muka, sapukan seluruh muka dengan bedak batu atau bedak sejuk.
4. Apabila bangun pagi pula, bersihkan muka kita dengan air bersih. Jangan lupa berselawat bagi yang Muslim.
5. Amalkan setiap malam sehinggalah muka anda bebas dari jerawat. Jika jerawat dah sembuh dan masih nak mengamalkannya, itu adalah lebih baik dan tiada salahnya.
selamat mencuba ..
adios !!
assalamualaikum ..
No comments:
Post a Comment